Sunday 19 June 2011

QIYAMULAIL REJAB

Kumpulan Muslimah perumahan mengadakan qiyamulail untuk penduduk di sini.  Acara bermula pada pukul 12 tengahmalam dengan membaca Yassin dan tahlil.  Kemudian ada jamuan ringan.  Setelah itu jemaah disuruh tidur sekejap.

Pada pukul 3 pagi, acara disambung semula dengan solat tahajjud.  Setelah itu diadakan syarahan agama mengenai Israk dan Mikraj.

Tepat pukul 4.30 pagi diadakan solat tasbih.  Imamnya memang selalu slow.  Sejam kemudian baru selesai.  Kemudian acara disambung dengan solat sunat witir.

Elok selesai saja, azam mula Subuh dilaungkan.  Selesai solat Subuh ada jamuan pagi pula.  Majlis bersurai selepas itu.

2 comments:

  1. Salam Ari.
    Elok dibuat setiap minggu!

    ReplyDelete
  2. Aslmkm.
    Amalan yang baik harus cuba dikekalkan & jika berupaya, memperbaiki lagi.

    ReplyDelete