Saturday 23 April 2011

APA PUNYA NASIB

Baru saja daftar menjadi blogger, dah terputus hubungan.  Dua hari lepas laptop saya dicuri orang dari dalam kereta.

Apalah nasib saya?  Sebenarnya salah sendiri.  Sewaktu makan tengahari digerai berdekatan, saya turunkan sedikit cermin pintu kereta kerana cuaca terlampau panas.  Selalunya bila datang ke kereta semula, kita akan rasa bahang panas yang teramat.

Itu la jadinya; memudahkan kerja si pencuri.  Mereka tuil naik saja button dekat pintu tu.  Memang ada dengar bunyi alarm.  Tapi ingat kereta orang lain.  Nasib! nasib!

Tuesday 12 April 2011

CERITA KASTAM

Memang sudah lama orang bercerita tentang perkara-perkara tidak beres mengenai anggota kastam.  Ada dari kalangan saudara dan rakan terdekat.

Dengar cerita ini bersabit barang-barang yang diimpot masuk.  Ramai orang-orang dalam bidang perniagaan/dagangan impot ini mengeluh dengan gelagat kastam.  Kata mereka kastam suka bikin olah.

Jadi bila tiba-tiba ada tangkapan besar-besaran melibatkan anggota kastam, ramai orang tidak terperanjat.  Ramai sebenarnya menunggu perkembangan selanjutnya.

Wednesday 6 April 2011

GEMPAR KE GEMPUR

Dalam dua minggu kita menerima beberapa berita panas.  Mula kita dikejutkan dengan tayangan video seks yang dikaitkan dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim.  Kemudian kita digemparkan pula dengan tangkapan pegawai-pegawai awam dari Jabatan Kastam.

Tak tahu la kebenaran tentang berita-berita ini.  Tapi yang menghairankan kenapa orang yang menayangkan video porno seks tidak ditahan.  Sebaliknya kenapa pula kesahihan tulennya video itu diutamakan dulu.

Tentang pegawai kastam pula, memang sudah lama aduan dibuat mengatakan pegawai kastam makan besar.  Malah orang selalu saling hairan, kenapa tak boleh siasat bila secara terang lagi bersuluh, banyak pegawai kastam hidup mewah.  Sedangkan mereka hanya pegawai awam yang tidak seberapa imbalan gaji dan kemudahan-kemudahan lain.

Orang kebanyakan memang faham bahasa dan tindakan dalam mentaliti yang mudah.  Diumpamakan tahi itu busuk.  Tak kira la tahi orang kecil, orang besar, miskin kaya; malah binatang sekalipun.  Najis mesti dicuci!

Friday 1 April 2011

KENA IKUT-IKUT

Cik Abang kata kena ikut beberapa orang sekurang-kurangnya untuk memudahkan akses kepada blog yang diinginkan.  Rupanya begitu.  Maklum sajalah saya bukannya tahu apa pun.

Jadi hari ini saya ikutlah blog yang selalu saya baca sejak sebelum resmi jadi blogger lagi.  Harap-harap nanti mendapat kawan-kawan lain lagi.