Monday 6 June 2011

CENDERAHATI HARI PERKAHWINAN

Sekarang memang sudah menjadi trend untuk orang memberi buah tangan atau cenderahati dalam pelbagai bentuk, rupa dan cara semasa mengadakan kenduri dan hari perkahwianan.  Tetapi hampir semuanya tidak mengikut tradisi.

Kebanyakannya sudah tidak memberi telur rebus lagi.  Banyak memberi gula-gula yang dibeli borong berharga dalam 50 sen gitu.  Tetapi ada juga segelintir yang memberi coklat berjenama mahal.

Selain itu ada yang memberi benda yang tidak boleh dimakan.  Umpamanya seperti potpuri, sabun, buku nota kecil dan kipas tangan.

Sudah begitu jauh perbezaannya.  Apa yang tidak berbeza ialah banyak tetamu tidak menghargai segala macam kraftangan yang dibuat untuk membungkus cenderahati berkenaan.  Banyak yang dibuang atau diletak di sudut saja.

5 comments:

  1. Aslmkm.
    Adat juga berubah mengikut trend. Kan?

    ReplyDelete
  2. Salam Ari.
    Suasana & keadaan berubah!

    ReplyDelete
  3. Salam Kak Ari.
    Tq kerana follow Sya. Sya dah ikut balik.

    ReplyDelete
  4. Salam Kak Ari.
    Budaya membazir warisan tu!

    ReplyDelete