Sunday 19 June 2011

QIYAMULAIL REJAB

Kumpulan Muslimah perumahan mengadakan qiyamulail untuk penduduk di sini.  Acara bermula pada pukul 12 tengahmalam dengan membaca Yassin dan tahlil.  Kemudian ada jamuan ringan.  Setelah itu jemaah disuruh tidur sekejap.

Pada pukul 3 pagi, acara disambung semula dengan solat tahajjud.  Setelah itu diadakan syarahan agama mengenai Israk dan Mikraj.

Tepat pukul 4.30 pagi diadakan solat tasbih.  Imamnya memang selalu slow.  Sejam kemudian baru selesai.  Kemudian acara disambung dengan solat sunat witir.

Elok selesai saja, azam mula Subuh dilaungkan.  Selesai solat Subuh ada jamuan pagi pula.  Majlis bersurai selepas itu.

Monday 6 June 2011

CENDERAHATI HARI PERKAHWINAN

Sekarang memang sudah menjadi trend untuk orang memberi buah tangan atau cenderahati dalam pelbagai bentuk, rupa dan cara semasa mengadakan kenduri dan hari perkahwianan.  Tetapi hampir semuanya tidak mengikut tradisi.

Kebanyakannya sudah tidak memberi telur rebus lagi.  Banyak memberi gula-gula yang dibeli borong berharga dalam 50 sen gitu.  Tetapi ada juga segelintir yang memberi coklat berjenama mahal.

Selain itu ada yang memberi benda yang tidak boleh dimakan.  Umpamanya seperti potpuri, sabun, buku nota kecil dan kipas tangan.

Sudah begitu jauh perbezaannya.  Apa yang tidak berbeza ialah banyak tetamu tidak menghargai segala macam kraftangan yang dibuat untuk membungkus cenderahati berkenaan.  Banyak yang dibuang atau diletak di sudut saja.