Monday 8 August 2011

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH

Bersawang-sawang dah sesawang ni!  Maklum saja la, lama tak jengah-jengah!  Macam-macam hal, termasuklah hilang mood.

Sempena Ramadhan Al Mubarak, elok la turut mengucapkan selamat kepada semua saudara sesama Islam.  Mudah-mudahan kita semua diberkati dan mendapat sebaik-baik rahmat pahala dan kebahgiaan.

SELAMAT BERPUASA SEMUA

Sunday 19 June 2011

QIYAMULAIL REJAB

Kumpulan Muslimah perumahan mengadakan qiyamulail untuk penduduk di sini.  Acara bermula pada pukul 12 tengahmalam dengan membaca Yassin dan tahlil.  Kemudian ada jamuan ringan.  Setelah itu jemaah disuruh tidur sekejap.

Pada pukul 3 pagi, acara disambung semula dengan solat tahajjud.  Setelah itu diadakan syarahan agama mengenai Israk dan Mikraj.

Tepat pukul 4.30 pagi diadakan solat tasbih.  Imamnya memang selalu slow.  Sejam kemudian baru selesai.  Kemudian acara disambung dengan solat sunat witir.

Elok selesai saja, azam mula Subuh dilaungkan.  Selesai solat Subuh ada jamuan pagi pula.  Majlis bersurai selepas itu.

Monday 6 June 2011

CENDERAHATI HARI PERKAHWINAN

Sekarang memang sudah menjadi trend untuk orang memberi buah tangan atau cenderahati dalam pelbagai bentuk, rupa dan cara semasa mengadakan kenduri dan hari perkahwianan.  Tetapi hampir semuanya tidak mengikut tradisi.

Kebanyakannya sudah tidak memberi telur rebus lagi.  Banyak memberi gula-gula yang dibeli borong berharga dalam 50 sen gitu.  Tetapi ada juga segelintir yang memberi coklat berjenama mahal.

Selain itu ada yang memberi benda yang tidak boleh dimakan.  Umpamanya seperti potpuri, sabun, buku nota kecil dan kipas tangan.

Sudah begitu jauh perbezaannya.  Apa yang tidak berbeza ialah banyak tetamu tidak menghargai segala macam kraftangan yang dibuat untuk membungkus cenderahati berkenaan.  Banyak yang dibuang atau diletak di sudut saja.

Thursday 26 May 2011

AKHIRNYA DAPAT BELI NOTEBOOK BARU

Petang tadi barulah dapat beli notebook baru.  Memandangkan jemana kira ok, tak kisahlah notebook pun.

Kiranya notebook ni lebih kecil.  Senang sikit nak masukkan dalam beg dan bawa bersama.  Kalau pakai handbeg yang besar sikit tu, memang boleh masuk.

Bulan ni nampaknya kena lupakanlah untuk membeli benda-benda lain.  Anak pun dah masuk ke universiti untuk sambung pelajarannya.  Jadi tak boleh la nak minta lebih dari cik Abang tu.

Saturday 23 April 2011

APA PUNYA NASIB

Baru saja daftar menjadi blogger, dah terputus hubungan.  Dua hari lepas laptop saya dicuri orang dari dalam kereta.

Apalah nasib saya?  Sebenarnya salah sendiri.  Sewaktu makan tengahari digerai berdekatan, saya turunkan sedikit cermin pintu kereta kerana cuaca terlampau panas.  Selalunya bila datang ke kereta semula, kita akan rasa bahang panas yang teramat.

Itu la jadinya; memudahkan kerja si pencuri.  Mereka tuil naik saja button dekat pintu tu.  Memang ada dengar bunyi alarm.  Tapi ingat kereta orang lain.  Nasib! nasib!

Tuesday 12 April 2011

CERITA KASTAM

Memang sudah lama orang bercerita tentang perkara-perkara tidak beres mengenai anggota kastam.  Ada dari kalangan saudara dan rakan terdekat.

Dengar cerita ini bersabit barang-barang yang diimpot masuk.  Ramai orang-orang dalam bidang perniagaan/dagangan impot ini mengeluh dengan gelagat kastam.  Kata mereka kastam suka bikin olah.

Jadi bila tiba-tiba ada tangkapan besar-besaran melibatkan anggota kastam, ramai orang tidak terperanjat.  Ramai sebenarnya menunggu perkembangan selanjutnya.

Wednesday 6 April 2011

GEMPAR KE GEMPUR

Dalam dua minggu kita menerima beberapa berita panas.  Mula kita dikejutkan dengan tayangan video seks yang dikaitkan dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim.  Kemudian kita digemparkan pula dengan tangkapan pegawai-pegawai awam dari Jabatan Kastam.

Tak tahu la kebenaran tentang berita-berita ini.  Tapi yang menghairankan kenapa orang yang menayangkan video porno seks tidak ditahan.  Sebaliknya kenapa pula kesahihan tulennya video itu diutamakan dulu.

Tentang pegawai kastam pula, memang sudah lama aduan dibuat mengatakan pegawai kastam makan besar.  Malah orang selalu saling hairan, kenapa tak boleh siasat bila secara terang lagi bersuluh, banyak pegawai kastam hidup mewah.  Sedangkan mereka hanya pegawai awam yang tidak seberapa imbalan gaji dan kemudahan-kemudahan lain.

Orang kebanyakan memang faham bahasa dan tindakan dalam mentaliti yang mudah.  Diumpamakan tahi itu busuk.  Tak kira la tahi orang kecil, orang besar, miskin kaya; malah binatang sekalipun.  Najis mesti dicuci!

Friday 1 April 2011

KENA IKUT-IKUT

Cik Abang kata kena ikut beberapa orang sekurang-kurangnya untuk memudahkan akses kepada blog yang diinginkan.  Rupanya begitu.  Maklum sajalah saya bukannya tahu apa pun.

Jadi hari ini saya ikutlah blog yang selalu saya baca sejak sebelum resmi jadi blogger lagi.  Harap-harap nanti mendapat kawan-kawan lain lagi.

Wednesday 30 March 2011

BLOG NAK BACA-BACA

Kata orang blogging boleh jadi punca pendapatan sampingan.  Tapi saya hanya minat nak baca-baca saja.  Selalu saya main buka-buka saja apa-apa blog yang kawan-kawan cakap.  Susah juga sebab tak dapat ingat  semuanya.

Cik Abang suruh daftar dan ikut saja.  Katanya lebih mudah untuk masuk blog.  Nanti boleh pilih dari sana.

Jadi saya pun daftar sepertimana yang disarankan.  Beliau memberitahi caranya sekali.  Jadi mudah juga la.