Wednesday 24 July 2013

MENITI RAMADHAN MENGGAMIT RAYA

Sungguh pantas masa berlalu.  Sekejap saja dah berbulan juga aku tak ke sini.  Alhamdulillah hari ni dapat lepak sekejap.

Berjaga malam la sikit dalam meniti hari-hari mulia di bulan Ramadhan.  Mudah-mudahan tahun ni ibadah semuanya lancar dan lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.  Insyaallah.

Pejam celik, dah mula fikir-fikir pasal Raya juga.  Tapi nak cuba lebih baik juga dalam persediaan menyambut Syawal nanti.  Semoga berjaya.  Amin.

Saturday 19 January 2013

BERSAWANG SUNGGUH!

Sejak terkedu aritu ni la baru tergerak hati nak masuk jenguk.

Kira tunggu2 pun tak juga muncul balik.  Tanya yang empunya diri beliau kata malas la nak tulis appeal citer semua. 

"So biarkan saja."

Sedih!  Tapi itu nak buat lagu mana lagi?

Cuci sawang sikit dulu la .....

Monday 8 August 2011

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH

Bersawang-sawang dah sesawang ni!  Maklum saja la, lama tak jengah-jengah!  Macam-macam hal, termasuklah hilang mood.

Sempena Ramadhan Al Mubarak, elok la turut mengucapkan selamat kepada semua saudara sesama Islam.  Mudah-mudahan kita semua diberkati dan mendapat sebaik-baik rahmat pahala dan kebahgiaan.

SELAMAT BERPUASA SEMUA

Sunday 19 June 2011

QIYAMULAIL REJAB

Kumpulan Muslimah perumahan mengadakan qiyamulail untuk penduduk di sini.  Acara bermula pada pukul 12 tengahmalam dengan membaca Yassin dan tahlil.  Kemudian ada jamuan ringan.  Setelah itu jemaah disuruh tidur sekejap.

Pada pukul 3 pagi, acara disambung semula dengan solat tahajjud.  Setelah itu diadakan syarahan agama mengenai Israk dan Mikraj.

Tepat pukul 4.30 pagi diadakan solat tasbih.  Imamnya memang selalu slow.  Sejam kemudian baru selesai.  Kemudian acara disambung dengan solat sunat witir.

Elok selesai saja, azam mula Subuh dilaungkan.  Selesai solat Subuh ada jamuan pagi pula.  Majlis bersurai selepas itu.

Monday 6 June 2011

CENDERAHATI HARI PERKAHWINAN

Sekarang memang sudah menjadi trend untuk orang memberi buah tangan atau cenderahati dalam pelbagai bentuk, rupa dan cara semasa mengadakan kenduri dan hari perkahwianan.  Tetapi hampir semuanya tidak mengikut tradisi.

Kebanyakannya sudah tidak memberi telur rebus lagi.  Banyak memberi gula-gula yang dibeli borong berharga dalam 50 sen gitu.  Tetapi ada juga segelintir yang memberi coklat berjenama mahal.

Selain itu ada yang memberi benda yang tidak boleh dimakan.  Umpamanya seperti potpuri, sabun, buku nota kecil dan kipas tangan.

Sudah begitu jauh perbezaannya.  Apa yang tidak berbeza ialah banyak tetamu tidak menghargai segala macam kraftangan yang dibuat untuk membungkus cenderahati berkenaan.  Banyak yang dibuang atau diletak di sudut saja.

Thursday 26 May 2011

AKHIRNYA DAPAT BELI NOTEBOOK BARU

Petang tadi barulah dapat beli notebook baru.  Memandangkan jemana kira ok, tak kisahlah notebook pun.

Kiranya notebook ni lebih kecil.  Senang sikit nak masukkan dalam beg dan bawa bersama.  Kalau pakai handbeg yang besar sikit tu, memang boleh masuk.

Bulan ni nampaknya kena lupakanlah untuk membeli benda-benda lain.  Anak pun dah masuk ke universiti untuk sambung pelajarannya.  Jadi tak boleh la nak minta lebih dari cik Abang tu.